Hiburan

Setiap Tahun Adakan Majlis Berbuka Puasa, Ajak Shiro Elak Beri Makanan

gempak
Zulaikha Yusof
28/05/2019
23:19 MYT
Sponsor Banner
Setiap Tahun Adakan Majlis Berbuka Puasa, Ajak Shiro Elak Beri Makanan
Pelawak dan penyanyi Ajak Shiro mendedahkan setiap tahun akan mengadakan majlis berbuka puasa bersama golongan yang tidak bernasib baik.
Menurut Ajak pada tahun sebelum ini dia yang akan berkunjung ke tempat mereka bukan diadakan di hotel.
"Sebenarnya setiap tahun saya mengadakan majlis berbuka puasa. Cuma tahun ini saya kongsi serta beritahu kepada orang ramai.
"Pada tahun lepas saya membantu golongan gelandangan di Jalan Masjid India bersama kawan-kawan tetapi tidak menjemput pihak media.
"Cuma tahun ini selepas setahun bersama pihak pengurusan, mereka uruskan majlis seperti ini," katanya kepada Gempak.
Ajak ditemui usai majlis berbuka puasa bersama rakan-rakan bagi meraikan anak-anak yatim dari rumah Yayasan Chow Kit di Hotel Aloft Kuala Lumpur Sentral.
Tambah Ajak atau nama sebenarnya Mohd Hanaffi Razak berkata bulan Ramadan adalah bulan disuruh berbuat baik namun harus memilih kebaikan yang akan dilakukan.
"Bulan Ramadan adalah bulan yang disuruh untuk berbuat baik jadi biar la orang nak cakap apa sahaja.
"Contohnya ada perempuan yang tidak memakai tudung tetapi apabila tiba bulan puasa dia mengenakan selama sebulan.
"Perkara itu mendidik kita untuk menjadi lebih baik. Cuma kita perlu memilih jenis kebaikan yang akan dilakukan.
"Di Malaysia kalau saya tidak salah, dalam sehari hampir berpuluh tan sisa makanan yang dibuang.
"Oleh sebab itu bantuan kali ini saya tidak memberi makanan kepada mereka.
"Saya pernah melalui pengalaman memberi makanan sebelum ini namun mereka hanya meletakkan makanan tersebut di bahagian tepi.
"Jadi saya memilih untuk memberi benda yang diperlukan seperti peralatan sekolah serta sejumlah duit," katanya lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live