Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Setiap Urusan Dipermudahkan, Shaheizy Sam Kongsi Kisah Sebak Semasa Jalani Ibadah Umrah – “Termenung 5 ke 8 Saat Depan Hajarul Aswad”

Firdaus
03/04/2024 01:55 MYT
Pelakon, Shaheizy Sam berkongsi pengalaman sebak ketika menjalani ibadah umrah baru-baru ini.

Menerusi hantaran di TikTok, Shaheizy Sam atau lebih mesra disapa sebagai Sam menceritakan di mana setiap ibadah yang ingin dilakukannya ketika berada di Mekah dipermudahkan oleh Allah SWT sehingga membuatkan dirinya menitiskan air mata.

Solat Di Hijir Ismail

"Terdetik dalam hati tengok Hijir Ismail, teringin nak solat dekat situ. Jadi Sam berjalan menghadap ke Hijir Ismail pintu yang mereka jarang buka, lepas tu tiba-tiba ada seorang orang Arab, dia membelakangkan Sam.

"Dia pakai jubah, dia tak pakai ihram, bila Sam cakap je, dia pusing walaupun belakang Sam ada beribu orang, mata dia pandang Sam, sambil tunjukkan arah untuk masuk ke Hijir Ismail.

"Bila dah sampai dekat pintu tu ada ramai orang berkerumun, pintu tu terbuka, orang belakang tolak Sam sampai Sam terpusing-pusing dan sedar-sedar Sam dah ada dekat Hijir Ismail," kongsinya.

Permintaan Dimakbulkan

Selain dipermudahkan untuk solat di Hijir Ismail, Sam juga berkongsi permintaannya untuk mencium Hajarul Aswad dimakbulkan oleh Allah SWT.

"Sam bercakap 'Ya Allah, Kau dah permudahkan aku, aku teringin nak cium Hajarul Aswad ni Ya Allah, kalau boleh bagilah Ya Allah, kalau tak boleh tak apa, aku reda, aku cuma teringin' itu yang Sam cerita ada orang Arab, tarik Sam, sedar-sedar Hajarul Aswad dah ada depan mata Sam.

"Sam termenung lima ke lapan saat depan Hajarul Aswad, lepas tu baru Sam cium. Habis je tu, balik hotel Sam tak boleh bercakap sebab menangis," katanya.
undefined

Netizen Tersentuh

Tinjauan ke ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut tersentuh dengan kisah yang dikongsikan oleh Sam.

"Saya rasa sedih tu, sebab saya dah pergi tahun lepas, Ya Allah rezeki Sam. Sangat mahal pengalaman ni, Tahniah ya,"

"Turut sebak dengar cerita Sam, inikan pula yang mengalaminya. Semoga Allah jemput aku ketanah suci Mekah mu. Amiin,"

"Kenapa aku menitiskan air mata dengar cerita ni?"

Setakat artikel ini ditulis, entri itu meraih hampir 200,000 tontonan dan lebih 8,000 tanda suka di TikTok

Sumber: TikTok
#Viral #Shaheizy Sam #Selebriti #Kaabah #Mekah #Umrah #Islam #hiburan #Ibadah #Agama #Hajarul Aswad
;