Tak sabar Zira Ayub untuk melihat suaminya Nabil Ahmad menghabiskan tugasannya sebagai pengacara Anugerah MeleTOP ERA 2019 (AME2019) malam tadi. Maklumlah, Zira sekarang tengah sarat dan rasanya tentunya gembira sang suami dapat bersama di saat-sat penting.

Dalam satu entri di Instagramnya, Zira memuat naik sekeping gambar bersama suami tersayang, yang diambil mungkin selepas tamat AME2019.

Pada entri tersebut ringkas sahaja Zira menulis captionnya.

Settle daaa. Khamis kita cx hospital okay

A post shared by Zira Ayub (@zira.ayub) on


"Settle daaa. Khamis kita cx hospital okay," tulis Zira.

Rata-rata teman selebriti dan peminat turut mendoakan semoga semuanya berjalan dengan baik dan dipermudahkan.



Zira atau nama penuhnya Nazirah Ayub berkahwin dengan Nabil Ahmad pada 2011 dan telah dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan, Nayla Mikyala dan Leyla Medina. Mereka kini menantikan kehadiran cahaya mata ketiga.

Kredit Gambar: Instagram