Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
LAMAN UTAMA

"Seumur Hidup I Lah Isteri Yang Membeli Beras" - Aishah

Amri Hassan 11/01/2022 | 02:55 MYT
Penyanyi popular Aishah berkongsi curahan hati menerusi posting di Instagramnya sempena hari jadinya baru-baru ini.
Diberikan hadiah seutas gelang tangan oleh anak-anaknya, pelantun lagu Janji Manismu itu seakan-akan mencoretkan bayangan kehidupan rumah tangganya sebelum ini.
Tulis Aishah, dia tidak pernah merasa kehidupan bergelar seorang isteri yang dimanjakan dengan hadiah sebaliknya dia pula yang mengambil tanggungjawab yang lebih besar.
"I tak pernah merasa hidup sebagai seorang isteri yang dimanjakan dengan hadiah-hadiah.
"Seumur hidup I lah isteri yang membeli beras.
"Allah bagi anak-anak yang thoughtful, belated birthday present dari Armand. Buat mata mum dia masuk habuk," katanya.
Perkongsian Aishah sempena hari jadinya ke-57 pada 3 Januari lalu itu menyentuh hati peminatnya. Ada juga yang bersetuju dengan pendirian Aishah.
"Sebab tu saya malas nak berlaki lagi. Ahai. Lelaki menyusahkan saya, membazir. Elok den solo, aman damai," coret seorang pengguna yang seterusnya disokong oleh Aishah.
"Sesungguhnya kehidupan ini tidaklah seindah mimpi.
"Anda wanita kuat dan hebat. Maka Allah duga dengan semampu kita. Moga pelangi tiba, terus kuat, cantik dan sihat," tambah beberapa pengguna memberikan kata-kata nasihat.
Untuk rekod, Aishah pernah tampil mendedahkan kisah rumah tangganya yang sudah tinggal berasingan dengan suaminya sejak Ogos tahun lalu.
BACA: Aishah Sudah 3 Bulan Tidak Tinggal Sebumbung Dengan Suami - "Anggap Saja Antara Kami Tiada ..."
Perkahwinan bersama suami keempatnya itu dibina selama lima tahun.
#Penyanyi #Viral #Anak #Instagram #Hari Jadi #Hadiah #Aishah #Beras