“Seumur Hidup Tak Pernah Sangka Akan Ada….” - Rizalman Ibrahim

Azwa Rahman
April 27, 2020 08:18 MYT
Pereka fesyen tersohor Datuk Rizalman Ibrahim teruja apabila akan mengacarakan sebuah program memasaknya tersendiri yang berjudul Pung Pang Rizalman.
Menerusi laman sosial Instagram, Rizalman berkongsi montaj program masakannya untuk tontonan umum.
“Seumur hidup aku tak pernah sangka akan ada rancangan masak aku sendiri wei,” tulis Rizalman sebagai kapsyen.
Antara selebriti yang bakal memasak bersama Rizalman adalah Alif Satar, Neelofa, Michael Ang, Datuk AC Mizal, Sherry Alhadad dan ramai lagi.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengikut cukup teruja dan tidak sabar untuk menonton program yang akan bermula pada hari ini.
“Datuk, saya dah sedia dengan buku nak salin resipi datuk nanti!” komen seorang wargamaya.
“Tak sabar nak tau idea menu berbuka dari datuk. Bahan-bahan masakan datuk mudah-mudah, tak macam rancangan masak lain,” kata seorang wargamaya.
“Datuk Rizalman ni serba-serbi boleh. Buat baju boleh, masak pun boleh,” puji seorang wargamaya.
“Tak sabar nak tengok balik kerja nanti. Mesti meletop tengok datuk berleter. Dah siap pesan kat mak saya, jangan lupa tengok harini,” ujar seorang wargamaya.
Program masakan Pung Pang Rizalman yang akan ditayangkan pada setiap hari Isnin hingga Rabu bermula 27 April, jam 6 petang di saluran Astro Ria (104) dan On Demand.
#Pereka Fesyen #Rizalman Ibrahim #Pung Pang Rizalman