Konsert Rock The World kembali untuk kali ke 17 (Rock The World 17) dengan band undgergorund tempatan yang hebat pada 9 Disember depan.

Antara band 'old timers' yang bakal menggegarkan konsert tersebut seperti Emmet I, Bunkface, Naratu, Masdo, The Suspects AKA, SevenCollar T-Shirt dan ramai lagi.

Konsert akan bermula pada jam 12 tengah hari itu akan diadakan Carpark B di KL Sports City, Bukit Jalil.

Festival itu juga bakal dimeriahkan lagi dengan pelbagai gerai makanan, food trucks dan label tempatan.

Tiket RTW17 bernilai RM35 kini boleh didapati di cawangan Rock Corner di The Gardens, Teenage Head Records Subang Jaya, Rawk of Ages, Kedai Aunty dan Kedai Kombat diCampbell Complex, dan Super Sunday Concept Store di stesen monorel Bukit Bintang, juga secara atas talian di laman sesawang – www.rocktheworld.com.my serta di pintu masuk konsert.

Penganjur, Tune Talk akan membuat promosi istimewa kepada pengguna-pengguna Tune Talkdan berpeluang untuk membawa pulang merchandise rasmi RTW17.