Laman Utama
Sewa RM2,500 Sebulan, Ini Kondominium Mewah Tempat Sajat Bersembunyi
Kondominium The Lofts di Yennakart, Bangkok dipercayai menjadi lokasi persembunyian usahawan kosmetik Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat sejak Mac lalu.
Kediaman mewah di tengah Bangkok, Thailand itu mengambil masa lebih 13 jam dari sempadan negara di Padang Besar, Perlis jika menaiki kereta.
Sajat dikatakan menyewa satu unit kondominium 18 tingkat itu sejak menjadi 'pelarian' Mac lalu.
Kondominium berkenaan juga dilengkapi kolam renang dan gimnasium menjadi lokasi kediaman elit di ibu negara Gajah Putih itu.
Sewa unit kondominium itu dianggarkan bermula 20,000 baht Thailand (kira-kira RM2,500) sebulan.
Berdasarkan semakan di laman sosial, kediaman berkenaan juga dilengkapi satu hingga tiga bilik berhampiran dengan pelbagai kemudahan dan pengangkutan awam.
Dia juga dikatakan menyewa kediaman itu bersama seorang rakannya sehingga dia ditahan anggota Imigresen Thailand, 4 Jun lalu.
Nur Sajat didakwa di mahkamah Thailand namun dibebaskan pada 10 September dengan jaminan AS$2,000 (RM8,343) yang dibuat seorang warga tempatan, 9 September lalu.
Difahamkan, usaha sedang giat dijalankan pertubuhan dan negara tertentu untuk menghalang Malaysia membawa pulang Nur Sajat ke negara ini untuk dibicarakan.
Sajat sepatutnya menjalani perbicaraan di Mahkamah Tinggi Syariah di Selangor atas kesalahan berpakaian wanita yang dilakukannya di Shah Alam pada 2018.
Sumber: Harian Metro
Must-Watch Video