Penyanyi yang pernah popular dengan lagu Pertama Kali, Shaa sentiasa terbuka untuk menyertai pertandingan realiti.
Bagaimanapun, akui Shaa atau nama sebenarnya Juzratul Nisha Johari, 27, tidak dapat lari daripada perasaan takut untuk berada di kaca televisyen.
"Saya pernah terfikir nak masuk pertandingan realiti. Tapi saya perlu atasi perasaan takut untuk masuk rancangan TV.
"Lagipun saya tak biasa bersaing dengan penyanyi-penyanyi yang lain dalam suatu pertandingan.
"Jadi buat waktu ini, saya duduk saja di tempat sendiri macam sekarang dan busking macam biasa.
"Tapi ada juga teringin di hati nak masuk. Cuma belum ada rezeki dan kesempatan lagi nak masuk. Tunggu orang panggil masuk dan saya akan mempertimbangkannya," jelasnya.
Dalam perkembangan terkini, Shaa tampil dengan single terbaharu berjudul Tersentak Di Dada yang merupakan lagu rakaman semula dari laegu bahasa Iban berjudul Tegepang Ba Dada (nyanyian Karen Libau).
Video muzik rasmi lagu asal tersebut trending di YouTube ketika mula dikeluarkan dua tahun yang lalu dan kini sudah pun mencapai jumlah tontonan lebih daripada 3 juta di YouTube!
"Saya percaya rakaman semula lagu ini dalam bahasa Melayu dapat beri pendedahan yang lebih meluas untuk lagu yang baik ini kepada kelompok pendengar yang baru.
"Versi asal lagu ini dalam bahasa Iban pun dah mendapat sambutan yang hebat. Apalagi jika ia dinyanyikan dalam bahasa Melayu yang boleh difahami lebih ramai pendengar.
"Genre lagu baru ini juga seacuan dengan lagu-lagu jiwang yang saya rakam sebelum ini seperti Pertama Kali dan Biar Ku Pergi. Jadi, saya percaya peminat-peminat saya boleh menerima single terbaru ini dengan baik," katanya yang mendapat tunjuk ajar dari Eddie Hamid selaku penerbit lagu itu.
Single Tersentak Di Dada terbitan Nova Music kini boleh didengar di semua pelantar striming muzik dan siaran perdana video muzik rasmi lagu tersebut bakal berlangsung di saluran YouTube Nova Music Videos.
Amri Hassan
Sat May 28 2022


"Saya Teringin Lihat Anak Berjaya Sebagai Peguam, Doktor & ..." - Lisa Surihani
Lisa ada perancangan sendiri untuk anak

Dah Putus Dengan Duda Anak Dua, Alya Iman Dedah Status Terkini - “Saya Single Tapi Tak Available..”
Fokus kerjaya.

Bekas Suami Nafi Hantar Samseng Pukul Lufya - "Kalau Nak Jumpa Anak, Saya Cakap Baik-Baik"
Netizen dakwa Che Hafiz terlibat dalam insiden Ahad lalu.

“Abang Ada Golden Touch Macam Papa…”- Sayu Luahan Syafiq Yusof, Netizen Mohon Jangan Give Up!
Hey filem Syafiq pun best lah.
_1.jpg?ext=.jpg)
"Saya Baca WhatsApp & DM IG Dia..." - Isteri Dedah Tegar Kerap Pinjam Duit, Hairan Padahal Cukup Makan Minum
Pelik juga kan

Kes Jangkitan Pernafasan Di Johor Meningkat Sebanyak 70.9 Peratus
Jaga diri semua

2 Bulan Kahwin, Alia Bhatt Umum Hamil
Tahniah Alia Bhatt & Ranbir Kapoor!

Drama The Maid 2 | Official Trailer
Setelah diceraikan oleh Jay, Suhana, Nadia dan Fika ekori bekas suami mereka ke sebuah resort dengan perancangan untuk bunuh Jay tetapi belum sempat mereka buat apa-apa, Jay telah pun mati! Saksikan drama bersiri THE MAID 2, Cinta Dirampas, Dendam Dibalas bermula 16 Julai jam 9.30 malam di Astro Ria. Anda juga boleh strim di Astro Go dan On Demand. @sherry_alhadad @eina_azman @ezzatyabdullah @normanhakim_786 @marshamilan @kidkylo @iedamoin79 @aniqshr @yunarahim @seanlje @hazeeqdean Dapatkan #PekPrimary hanya RM59.99! Whatsapp “Nak Astro” ke 03-9543 3838 #DramaTheMaid2 #CintaDirampasDendamDibalas #GempakOriginalSeries #AstroRia

Selain Adi Putra, Beto & Fattah, Lakonan Kapten Syers Dalam Mat Kilau Tarik Perhatian - “Paling Sakit Hati Tengok Dia..”
Geram!

"Dia Pendekar Terpaling Sejati..." - Netizen Geram Penonton Pakai Tanjak Ganggu Tayangan Skrin Mat Kilau
Dah segak bertanjak, lain pula ceritanya