Laman Utama

Shah Alam Dilanda Banjir Kilat, Rakyat Dinasihatkan Berhati-Hati

gempak
Gempak
10/11/2022
12:30 MYT
Sponsor Banner
Shah Alam Dilanda Banjir Kilat, Rakyat Dinasihatkan Berhati-Hati
Beberapa kawasan di Klang dan Shah Alam dilanda banjir kilat ekoran hujan lebat serta parit yang tersumbat.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, kawasan yang terjejas ialah Jalan Meru 3, Persiaran Hamzah Alang, Jalan Kasban, Jalan Kenangan, Taman Daya, Jalan Khamis, Jalan Jabar dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Meru.
Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai banjir di kawasan berkenaan jam 4.15 petang.
Katanya, susulan itu seramai 13 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapar dan Sungai Pinang bergegas ke lokasi
"Beberapa jalan serta taman perumahan di sekitar pekan Meru dinaiki air susulan hujan lebat serta longkang yang tersumbat.
"Anggaran kedalaman banjir adalah sekitar 0.3meter dan tiada pemindahan dilakukan setakat ini dengan trend air banjir juga semakin menurun.
"Bagaimanapun, bomba akan meneruskan pemantauan di lokasi," katanya dalam kenyataan.
Dalam pada itu, sebanyak 20 rumah di Taman Setia Warisan, Seksyen U6 terkesan akibat limpahan air sungai berhampiran susulan hujan lebat.
Norazam berkata, anggaran kedalaman banjir adalah sekitar satu meter dan keadaan air dilihat semakin meningkat.
"Sehingga kini, tiada pemindahan dilakukan dan pemantauan masih dilakukan pihak kami," katanya.
Dalam pada itu, berdasarkan pemantauan di Facebook dan Twitter, beberapa kawasan lain turut dinaiki air antaranya, Jalan Haji Abdul Manan, Taman Seri Puteri, dan Jalan Limau di Meru; Taman Seri Sementa, Klang Sentral, Sungai Kapar Indah, Persiaran Hamzah Alang Kapar dan Bandar Puteri Klang.
Turut dinaiki adalah Persiaran Mokhtar Dahari berdekatan Alam Budiman, Seksyen U10.
Sumber - Metro
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live