Berita
Shah Hazvee Didakwa Memikat Isteri Orang, Ajak Melakukan Persetubuhan
Pelakon Shah Hazvee dihadapkan ke Mahkamah Majistret pada pagi Jumaat atas dakwaan memikat isteri orang dan mengajak melakukan persetubuhan.
Shah Hazvee atau nama sebenarnya Muhammad Shah Radhi Hazvee, 24, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas tuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Farah Nasihah Annuar.
Mengikut tuduhan, pelakon drama 'Monalisa' dan 'Hero' itu didakwa memikat isteri orang berusia 36 tahun dan supaya wanita itu melakukan persetubuhan dengannya.
Muhammad Shah Radhi didakwa mengikut Seksyen 498 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya S Sangitaa menawarkan jaminan RM6,000 kepada tertuduh, bagaimanapun peguamnya Harcharanjit Singh memohon supaya anak guamnya dijikat jamin dengan wang jaminan berjumlah RM2000.
Katanya, anak guamnya adalah seorang artis dan tiada sebab untuk melarikan diri.
Farah Nasihah membenarkan Muhammad Shah Radhi diikat jamin dengan wang jaminan RM2300 dengan seorang penjamin.
Difahamkan bahawa pelakon itu dijamin oleh kakaknya.
Sumber: BHOnline
Foto: Azrul Rafie