Pelakon Datuk Shah Hazvee tampil memaklumkan dia bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap sebuah syarikat besar yang enggan didedahkan identitinya.

Dalam kemas kini ruangan Instagram Storiesnya, difahamkan Shah mengemukakan saman bernilai RM3.54 bilion terhadap syarikat berkenaan.

"Orang aniaya abang hari ini, abang cuma doa semoga dipermudahkan urusan saman abang ni dan yang terbaru nanti.

"Ini bukan ecak-ecak punya ya? 2021 abang akan saman satu syarikat besar di Malaysia ni.

"Yang kedua ni terbaru sikit cuma kita tak perlu dedahkan dulu. Kita tunggu minggu depan saja. Makin kita diam makin orang pijak kepala," tulisnya.



Dalam pada itu, Shah turut memuat naik fotonya bersama laporan polis yang dibuat di Balai Polis Brickfields baru-baru ini.

"Kenali abang dari diri abang sendiri! Jangan dari orang lain kerana tidak semua orang bercakap benar tentang diri abang.

"Abang bukan gila populariti. Apa yang abang buat semuanya keluar kos yang tinggi bukan percuma.

"Jadi kau pun sudah melampaui batas dan syarikat berkenaan dan individu harus bertanggungjawab atas apa yang telah jadi.

"Di depan hakim nanti abang kasi nampak pada pihak terlibat. Sumber abang dan wang abang berapa dan dari mana. Abang tidak sesekali mengguna sumber yang haram.

"Selama ini abang diam bila dihina. Tak apa, apa yang terjadi semua ada hikmahnya. Talk to my lawyer, see you in court!" tegasnya.

A post shared by Shah Radhi Hazvee (@shahhazvee)


Tindakan tegas Shah itu disokong peminatnya dan mendoakan urusannya kelak dipermudahkan.