BOLLYWOOD
Shah Rukh Khan Cedera Sewaktu Penggambaran, Jalani Rawatan Di Amerika Syarikat
Pesohor Bollywood Shah Rukh Khan mengalami kecederaan sewaktu menjalani penggambaran filem terkininya di Mumbai, India.
Kecederaan tersebut dialami Shah Rukh sewaktu melakukan babak lasak di sebuah studio menerusi naskhah Siddharth Anand, King.
Satu sumber memberitahu meski tidak ada kecederaan serius kecuali melibatkan otot, Shah Rukh dinasihatkan untuk berehat selama satu bulan daripada penggambaran. Bintang itu juga didakwa mahu mendapatkan rawatan di Amerika Syarikat.
“Shah Rukh sedang menjalani penggambaran di Mumbai dan tercedera. Bagaimanapun kami tidak mempunyai butiran lanjut mengenai kecederaan yang dialami.
“Walaupun dipercayai ia tidak begitu serius namun beliau tidak mengambil mudah tentang insiden tersebut.
“Beliau akan mendapatkan rawatan di Amerika Syarikat dan telah diminta berehat selama satu bulan,” ujar sumber tersebut seperti dilaporkan Hindustantimes.
Sumber sama memberitahu ekoran itu penggambaran filem yang dijadual berjalan pada Julai dan Ogos ini telah dibatalkan. Penggambaran filem King dikatakan akan kembali selepas September.
“Sehingga itu, Shah Rukh dinasihatkan untuk berehat dan memberi fokus pulih,” katanya seperti dilaporkan sumber yang sama.