Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Shah Rukh Khan Dedah Wanita Pertama Yang ‘Curi’ Hatinya

Maliah Surip
13/01/2023 14:50 MYT
Pesohor Bollywood, Shah Rukh Khan baru baru ini meluangkan masa dengan berinteraksi bersama para peminatnya di media sosial.

Shah Rukh Khan atau SRK melakukan interaksi tersebut di laman Twitter miliknya menerusi sesi ‘Ask SRK’ dan sempat menjawab beberapa soalan yang dilontarkan peminat.

“10 minutes #AskSrk then have to leave for a game of ‘Pitthu’ (Lagori) with the kids.”
(10 minit untuk sesi #AskSrk dan saya harus meluangkan masa bermain dengan anak anak),” tulisnya.

Tanpa membuang masa, SRK mendapat banyak persoalan, termasuk ingin mengetahui tentang filem terbaharunya, Pathaan yang akan berada di pawagam 25 Januari ini.

“Berapa banyak perubahan yang anda lakukan dalam Pathaan?”

SRK kemudian menjawab: “Adakah anda mahu mengambil saya untuk filem seterusnya?”

Seorang peminat lain bertanya tentang respons anaknya mengenai trailer filem tersebut yang telah keluar.

Aktor itu kemudian mengatakan anaknya sangat menyukai babak aksi, namun dia memberitahu sebenarnya tidak ada siapa yang pernah menonton Pathaan.

“Belum ada yang pernah menonton Pathaan kecuali para pengendali teknikal yang sedang bekerja untuk filem ini,” katanya.

Dalam sesi sama, SRK juga menjawab soalan peribadi dari peminat yang bertanya: “Siapakah kekasih pertama anda?”

Dan SRK menjawab: “Isteri saya, Gauri.”

SRK dan Gauri Khan berkahwin pada 1991. Mereka dikurniakan tiga cahayamata iaitu Aryan Khan, Suhana Khan dan AbRAM.

Dia kemudian meninggalkan peminat dengan mengatakan akan pergi ke Lagori dan mengharapkan doa dari peminatnya.

#Shah Rukh Khan #Anak #Bollywood #Gauri #Pathaan
;