Shah Rukh Khan Jadikan Pejabat Empat Tingkat Tempat Kuarantin Pesakit COVID-19!

Fiza Kamarudin
April 7, 2020 01:08 MYT
Pelakon popular Bollywood Shah Rukh Khan menjadikan pejabatnya sebagai tempat kuarantin untuk pesakit-pesakit COVID-19.
Malah, Shah Rukh Khan dan isteri juga tidak mengenakan sebarang bayaran untuk menjadikan pejabat empat tingkat miliknya itu sebagai penempatan individu yang perlu dikuarantin.
Selain itu, Shah Rukh Khan turut memberikan sumbangan kepada masyarakat di beberapa negeri di India.
Tindakan beliau mengejutkan banyak pihak di India kerana sebelum ini ramai yang mempertikaikan Shah Rukh Khan kerana tidak membantu masyarakat di sana.
Dalam pada itu, pemerintah di Kota Mumbai berterima kasih kepada Shah Rukh Khan dan Gauri kerana sanggup .mengorbankan’ pejabat mereka untuk kegunaan pesakit-pesakit COVID-19.
Netizen yang dulu mengutuk dan mengecam, akhirnya mula memberikan kata-kata pujian dan memohon agar selebiriti lain mencontohi pasangan ini.

#StrongerTogether We thank @iamsrk & @gaurikhan for offering their 4-storey personal office space to help expand our Quarantine capacity equipped with essentials for quarantined children, women & elderly. Indeed a thoughtful & timely gesture!#AnythingForMumbai#NaToCorona https://t.co/4p9el14CvF

— माझी Mumbai, आपली BMC (@mybmc) April 4, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.