Shah Rukh Khan, Katrina Kaif Positif COVID 19, Parti Ulang Tahun Karan Johar Dipersalahkan
Maliah Surip
06/06/2022 08:48 MYT
06/06/2022 08:48 MYT
Beberapa pesohor Bollywood termasuk Shah Rukh Khan dan Katrina Kaif dilaporkan positif COVI 19.
Shah Rukh Khan dilaporkan dijangkiti virus tersebut, semalam. Katrina pula telah positif COVID 19 beberapa hari lalu sehingga terpaksa membatalkan kehadirannya di IIFA 2022 untuk menjadi saksi terhadap kemenangan suaminya, Vicky Kaushal sebagai Aktor Terbaik.
“Baru mendapat berita duta kami, Shah Rukh Khan dijangkiti COVID 19. Doakan semoga beliau cepat sembuh,” cuit Ketua Menteri West Bengal, Mamata Banerjee di Twitter.
Selain Shah Rukh Khan dan Katrina, Katrik Aaryan juga dilaporkan positif COVID 19 dan terpaksa membatalkan pembabitannya di India Pavilion di Cannes Film Festival.
Turut dilaporkan positif COVID 19 adalah aktor Aditya Roy Kapur dan Akshay Kumar, lapor media tempatan.
Meski demikian, sehingga artikel ini ditulis belum ada kenyataan rasmi yang dikeluarkan Shah Rukh Khan mengenai dirinya dijangkiti virus yang masih mencecah angka ribuan kes di Mumbai sahaja.
Selepas tersebarnya berita beberapa selebriti Bollywood dijangkiti COVID 19, ada pihak yang membuat spekulasi mereka mendapatkan virus tersebut selepas hadir ke parti meraikan ulang tahun ke-50 Karan Johar.
Parti ulang tahun Karan diadakan di Yash Raj Film Studio di Mumbai pada 25 Mei lalu. Hampi 10 hari kemudian, dilaporkan sekurangnya 50 tetamu yang hadir ke parti tersebut telah dijangkiti COVID 19.
Hal itu sekaligus membuat pihak menyifatkan parti Karan telah mencetuskan kluster baharu COVID 19 dalam kalangan karyawan seni Bollywood.
Namun, spekulasi tersebut disahkan sebagai tidak berasas.
“Laporan mengenai hampir 50 orang dijangkiti COVID 19 selepas menghadiri parti Karan adalah mengarut.
“Parti itu telah berlangsung 10 hari lalu dan setakat ini hanya Aditya Roy Kapur yang disahkan positif,” kata seorang sumber kepada India Today.
Sumber yang sama menambah, selepas hadir ke parti Karan, kebanyakan tetamu telah menjalani rutin harian seperti biasa seperti pergi bekerja dan melakukan komitmen yang mungkin melibatkan mereka perlu mengembara.
“Sebab itu mengaitkan ramai selebriti India mendapat COVID 19 dari parti Karan adalah tidak berasas,” jelasnya lagi.