LAMAN UTAMA
Shah Rukh Khan Memang Another Level, Layan Peminat Di Bilik Hotel Jam 2 Pagi
Shah Rukh Khan adalah pesohor yang sangat disanjung peminat dari seluruh dunia.
Bintang Bollywood tersebut memang dikagumi dan sentiasa menjadi buruan peminat walau di mana beliau berada. Kesempatan bertemu dan bermesra bersama Shah Rukh Khan pula akan menjadi kenangan hidup paling indah bagi peminatnya.
Itulah yang terjadi kepada seorang peminat Jatin Gupta. Lewat serangkaian cuitan di Twitter, Jatin Gupta berkongsi kesempatan emas yang didapatkannya iaitu pertemuan dengan Shah Rukh Khan.
Menerusi perkongsian lelaki tersebut, dia ‘mengejar’ idola pujaannya itu sewaktu hadir ke acara Auto Expo 2023 yang berlangsung di Delhi.
Apa yang dirinya berasa sangat bertuah kerana tanpa disangka Shah Rukh Khan mengajak dia masuk ke dalam bilik hotel tempatnya menginap! Dan saat itu jam sudah menunjukkan pukul 2 pagi waktu tempatan!
“Terima kasih SRK kerana memberi masa untuk melayan kami walaupun sudah pukul 2 pagi,” cuitnya di Twitter.
Jatin Gupta kemudian menyertakan beberapa keping foto sebagai bukti dirinya dan sahabat telah dilayan dengan luar biasa oleh superstar dunia itu.
Malah dalam salah satu foto yang dikongsi, Shah Rukh Khan yang akan muncul dengan filem terbaharunya, Pathaan pada Januari ini dilihat tersenyum saat pipinya dicium Jatin Gupta.
“Tidak ada superstar lain yang akan melakukan hal seperti yang dilakukan anda kepada kami. Anda memanggil kami di luar dan mempelawa masuk ke bilik hotel kamu.
“Anda melayani kami dengan sangat baik dan penuh perhatian. Terima kasih di atas kesempatan ini.
“Maafkan kerana menganggu anda di tengah malam. Tapi saya cintakan anda,” cuitnya pada perkongsian tersebut.
‘Kegilaan’ peminat terhadap Shah Rukh Khan memang tidak dapat disangkal. Saban tahun, lautan peminat akan membanjiri jalan di kediamannya hanya untuk menyambut ulang tahun aktor tersebut yang akan keluar melambai dari balkoni rumah.