Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

Shah Rukh Khan Tidak Mahu Anak Tinggal Di India

Ahmad Shah 17/04/2016 | 03:54 MYT

Aktor Bollywood, Shah Rukh Khan mendedahkan mengapa menghantar anak lelakinya, Aryan Khan belajar di London.

Menurut King Khan, Aryan yang kini berusia 19 tahun kurang selesa dengan tumpuan dan publisiti yang meluas oleh umum dan media di India.

“Aryan seringkali tidak mahu mengaku dia anak kepada Shah Rukh Khan kepada umum yang baru mengenali dirinya.

“Dia terpaksa berbuat demikian kerana tidak mahu menerima layanan berbeza dari orang lain. Dia mahu menjadi remaja yang normal,” kata Shah Rukh Khan sewaktu pelancaran filem terbarunya, Fan.

Tambah King Khan, dia mengambil keputusan untuk menghantar Aryan ke London untuk tidak memberi tekanan kepada anak lelakinya itu.

“Akibat daripada perkara seperti ini, saya mengambil keputusan untuk menghantar Aryan bersekolah di London dan mungkin dia akan melanjutkan pelajarannya di Amerika Syarikat nanti,” tambahnya.

Aryan Khan mendapat pendidikan di Sevenoaks School yang cukup dikenali sebagai antara institusi tertua dan terhebat di London.

#Shah Rukh Khan #Bollywood #Shah Rukh Khan
;