Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

Shaheizy Sam Mahu 12 Orang Anak? Ini Respon Syatilla Melvin...

Asraf Aided
27/04/2019 01:49 MYT
Pelakon Shaheizy Sam berkongsi video dan foto yang diambil di hospital selepas isterinya, Syatilla Melvin melahirkan anak kedua mereka baru-baru ini.

Perkongsian itu dibuat menerusi entri di akaun Instagramnya buat tatapan umum.

Sam mengucapkan terima kasih kepada pihak hospital terbabit untuk perkhidmatan mereka selama Syatilla berada di situ.

Dalam kapsyen yang sama, Sam sempat bergurau mengatakan dia mahu 12 orang anak.

"Akan bersama sampai anak yang ke-12, Insya-Allah.

"Terima kasih yang tak terhingga kepada KPJ Ampang Puteri untuk segalanya, this video is just too sweet," tulisnya sebagai kapsyen.

Tidak berdiam diri membaca kapsyen tersebut, Syatilla turut meninggalkan komen.

"Aii 12? Caesar setakat lima orang..Mana mai lagi tujuh? Bini lain ke apa?" balasnya berbentuk gurauan.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Akan bersama sampai anak yg ke 12, Insya Allah ?. Hehek ?. Terima kasih yang tak terhingga pada @kpjampangputeri utk segalanya. This video is just too sweet, ditambahkan plak lagi dengan gambar2 dari @aqoimran yg gempak. Ini la yg org kata gambar boleh bercerita, ek? ?. #KPJAmpangPuteri #170419 #BabyGirl

A post shared by Shaheizy Sam Samad (@shaheizy_sam) on




Pasangan ini mengumumkan kelahiran cahaya mata kedua mereka itu pada 17 April lalu.

Mereka berkahwin pada 8 Februari 2016 dan dikurniakan cahaya mata lelaki sebelum ini, Syeriv Samheizy pada 9 Mei 2017.
#Shaheizy Sam #Syatilla Melvin