Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Shaheizy Sam & Syatilla Melvin Tunai Umrah Lagi, Tinggalkan 3 Orang Anak - "Allah Jaga Semua"

Syafiqah Jalal
27/08/2023 02:55 MYT
Pasangan selebriti Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin berangkat ke tanah suci Makkah bagi menunaikan ibadah umrah semalam.

Syatilla yang memuat naik foto mereka bersama cahaya mata di lapangan terbang meminta agar semua mendoakan perjalanannya.

"Doakan perjalanan kami," tulisnya.

Pelakon itu berkongsi perkara berkenaan di akaun Instagram miliknya.

Pun begitu, mereka terpaksa meninggalkan tiga orang anak mereka Syeriv Samhiezy, 6, Sarima Samhiezy, 3, Salama Samhiezy, 2 dan bertawakal agar berada dalam lindungan Allah.

"Bubu and bapak go first ok. Allah jaga semua, pasti," pintanya.

Bagaimana pun menerusi pantauan Gempak, sebahagian keluarga Syatilla turut berangkat sekali menunaikan ibadah berkenaan termasuk Syafiqa Melvin.

Kemas kini itu mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata turut mendoakan urusan mereka dipermudah.

Ini bukan pertama kali pasangan itu menuanikan umrah, kali terakhir pada tahun lalu.

#Anak #Shaheizy Sam #Syatilla Melvin #Umrah