Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Shahida Tak Izin Aliff Syukri Kahwin Lain - "Mana-Mana Isteri Pun Tak Okey Dimadukan Sebab..."

Asyikin Mayudin
12/01/2023 23:55 MYT
“Kalau boleh tahan kerenah dia, silakan,” seloroh isteri kepada usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Nur Shahida apabila suaminya berniat untuk kahwin lain.

Bagaimanapun Shahida menegaskan dia tidak akan memberi kebenaran untuk suaminya berkahwin lagi.

Menurut Shahida, tiada wanita yang berkahwin untuk dimadukan malah setiap orang mengharapkan pasangan mereka untuk setia buat selama-lamanya.

“Saya tak benarkan dia kahwin lain… mana-mana isteri pun tak okay benda itu (poligami) sebab sudah tentu bila kita kahwin, tak pernah terfikir pun untuk dimadukan atau diduakan.

“Bila kita kahwin, sudah tentu kita harapkan pasangan setia dengan kita. Tapi kita tak tahu apa yang akan datang. Bila dah kahwin, jangan meletakkan harapan akan bahagia selamanya.

“Jadi, kena bersiap sedia dengan apa yang kemungkinan ada,” kata Shahida kepada Gempak.

Shahida dan suaminya, Aliff ditemui ketika Anugerah Nona Superwomen 2022 di M Resort & Hotel, Bukit Kiara, Petaling Jaya pada Rabu.

Terdahulu, Aliff mengakui dia sememangnya pernah berfikir untuk berkahwin lain disebabkan ingin merasai kenikmatan berpoligami.

Bagaimanapun, Aliff berkata dia tidak berkemampuan untuk membahagikan kasih sayang dan perhatian jika mempunyai ramai isteri.

Meskipun ada keinginan itu, namun Aliff hanya mahukan isterinya iaitu Datin Seri Nur Shahida yang menerima segala kekurangan dalam dirinya.

Untuk rekod, Aliff mendirikan rumah tangga dengan Shahida pada Ogos 2007 dan pasangan itu juga menanti kelahiran cahaya mata keenam tidak lama lagi.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.



#Aliff #Aliff Syukri #Shahida #Isteri Aliff Syukri #Aliff kahwin dua
;