BERITA

Shahir Janji Kelainan Di AF Megastar Homecoming Malam Ini!

Syafiqah Jalal 10/09/2017 | 06:50 MYT
Penyanyi Shahir akui menjanjikan kelainan dalam lagu Kebahagiaan Dalam Perpisahan di Konsert AF Megastar Homecoming malam ini.
Menerusi laman Instagram (IG), Shahir memberitahu dia telah melakukan beberapa 'arrangement' terhadap lagunya selepas berbincang dengan pengarah muzik, Edry Abdul Halim dan komposer Lok Yew.
Shahir turut memuat naik video perbincangannya bersama Edry serta gambar bersama Lok Yew.
Konsert AF Megastar Homecoming malam ini bakal menyaksikan 12 lagi bintang yang belum berentap di konset minggu lalu.
Selain Shahir, bintang lain yang turut beraksi pada malam ini adalah Amylea, Adira, Faizul, Aril, Nubhan, Faizal, Indah Ruhaila, Rosma, Amir, Anding dan Faizul Sany.
Konsert AF Megastar Homecoming pada minggu ini sekaligus bakal menentukan 12 bintang yang akan terpilih dan mara ke konsert AF Megastar seterusnya.
Semua keputusan bakal diadili sepenuhnya oleh dua orang juri tetap iaitu Datuk Ramli MS dan Syafinaz Selamat dan seorang juri jemputan yang hanya akan diumumkan malam ini.
AF Megastar yang bakal dikemudi Dato' Aznil Hj Nawawi itu akan bersiaran secara langsung dari Royale Theatre Shah Alam dan serentak di Astro Ria (104) dan Ria HD (123), setiap hari Ahad, jam 9 malam.
AF Megastar juga boleh ditonton secara langsung di laman http://www.afmegastar.com.my
Jika mahu menonton koleksi konsert akhir Akademi Fantasia dari musim pertama hingga ke AF2013, boleh ke Astro On Demand (OD) dengan melayari www.watchod.com
Teks oleh: Syafiqah Jalal
#Penyanyi #Akademi Fantasia #Penyanyi #Edry Abdul Halim #Shahir #AF Megastar