Shahir Kata Mona Hanya Penyokong Di AF Megastar, Reaksi Mona: Jangan Ada Bukti Lain Pula Yang Keluar!
Dua tiga hari ini, blog dan portal hiburan kecoh memperkatakan tentang bintang AF Megastar, Shahir Zawawi dengan seorang pramugari, Mona Syamimi, yang dikatakan kekasih barunya.
.jpg)
Mona atau Mona Syamimi Mohd Samsudin, 27, berkata, dia bukanlah peminat Shahir atau penyokongnya dalam AF Megastar seperti didakwa penyanyi itu.
"Saya bukan peminat atau penyokong dia seperti yang didakwa. Saya tak minat pun program realiti tersebut,” katanya kepada mStar Online.
Kata Mona, dia mengenali Shahir menerusi laman Instagram dan mula rapat sejak sebulan lalu.
Malah dia mengakui kerap keluar bersama Shahir secara berdua dan juga bersama teman-teman lain.
"Kami berkenalan kira-kira sebulan lalu menerusi Instagram dan boleh dikatakan kerap juga keluar berdua dan ada kalanya beramai-ramai. Cuma sekarang saya sibuk dan dia pula sibuk dengan final AF Megastar," jelasnya.
.jpg)
"Entahlah kami mungkin dalam fasa berkawan lagi. Apa-apa pun tanya dia semula tentang hubungan ini. Jangan sampai ada bukti lain pula keluar cukuplah," ujarnya.
Sementara itu, Mona mengakui dia juga mengetahui mengenai hubungan penyanyi itu dengan pelakon Erra Fazira.
"Ya, saya tahu tentang perkara itu tapi tidak seperti dilapor media," ujarnya.
Perkembangan lain, Shahir merupakan salah seorang finalis AF Megastar yang akan berentap bersama empat lagi bintang iaitu Syamel, Bob, Marsha dan Idayu pada Ahad ini.
Sumber: BH Online, mStar Online