Terkini

Shakilla Khoriri Dapat Hak Penjagaan Anak Sepenuhnya - “Doakan Daddy Ameena Patuh Pada Amanah Dan Tak Lupa Tanggungjawab”

gempak
Khairil Khusyairi
22/10/2024
00:45 MYT
Sponsor Banner
Shakilla Khoriri Dapat Hak Penjagaan Anak Sepenuhnya - “Doakan Daddy Ameena Patuh Pada Amanah Dan Tak Lupa Tanggungjawab”
Pelakon Shakilla Khoriri memaklumkan dia mendapat hak penjagaan anak sepenuhnya selepas proses hadanah selesai di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor pada Isnin.

Berjaya Capai Kata Sepakat

Menurut Shakilla atau nama sebenarnya, Nurul Shakilla Mohd Khoriri dia bersyukur isu penjagaan anak dengan bekas suaminya iaitu Fizi Ali selesai selepas hampir setahun berlangsung.
Biarpun terpaksa naik turun mahkamah, Shakilla dan Fizi akhirnya berjaya mencapai kata sepakat mengenai hak penjagaan anak perempuan mereka, Ameena Sofia, 5 tahun.

“Inshallah, Allah izinkan saya untuk jaga sepenuhnya Ameena.

“Doakan daddy Ameena patuh pada amanah dan tak lupa tanggungjawab yang wajib untuk anak kandung dia,” kongsi Shakilla.

Pertahan Hak Ameena

Dalam pada itu, Shakilla berkata dia enggan anak perempuannya itu terbeban dek kerana perpisahan ibu bapa sebaliknya mahu mempertahankan hak Ameena.
“Aku berlapang dada menerima apa saja keputusan. Cuma aku tak pernah akan give up dengan kebenaran yang aku simpan.

“Pertahankan hak Ameena supaya nanti, Ameena tak akan rasa berat sebelah antara Umi atau Daddy dia. Aku pikul tanggungjawab sepenuhnya kerana Allah. Kerana Ameena harta yang tak ternilai untuk aku.

“Perjalanan dan masa depan Ameena, tanggungjawab aku dan daddy dia tapi terpulang pada diri masing-masing untuk melunaskan.
“Aku dah penat. Kita semua ada kiri dan kanan yang menilai setiap perkara. Jadi terpulang. Tepuk dada tanya selera. Jika baik, baiklah perjalanan kita nanti dekat sana, jika sebaliknya kita juga yang dipersoal. Allahulalam,” kongsinya lagi.
Terdahulu, Pada 15 Disember 2023, Fizi memfailkan tuntutan hadanah terhadap bekas isterinya Shakilla Khoriri berhubung hak penjagaan anak perempuan mereka, Ameena Sofia.
Katanya, tindakannya memfailkan hadanah bukan untuk berebut anak sebaliknya hanya mahu anak perempuanya itu mendapat kasih sayang sempurna.
Fizi dan Shakilla bernikah pada 18 Januari 2018 namun mengumumkan penceraian pada Disember 2021.

ARTIKEL BERKAITAN: Shakilla Khoriri Syukur Dapat Hak Hadanah Interim - “Aku Percaya Doa & Aturan Allah…”

ARTIKEL BERKAITAN: Fizi Ali Harap Kes Tuntutan Hadanah Selesai Cara Baik, Shakilla Khoriri Pula Mengadu Tak Cukup Tidur

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024