Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

Shakilla Khoriri Tak Mahu Berhenti Berlakon

Zulaikha Yusof 17/08/2020 | 00:19 MYT
Pelakon Shakilla Khoriri, 31, menyatakan dia belum bersedia meninggalkan bidang lakonan untuk menjadi suri rumah tangga sepenuh masa.
Menurut Shakilla, dia sayang dengan karier seni yang dibina sejak tahun 2009.
"Ini masa yang paling aku tak suka. Tak ada lagi lari balik rumah sebab rindu nak jumpa Ameena.
"Semalam dapat luang masa sehari suntuk dengan Ameena. Alhamdulillah. Hari ni aku rasa cukup lah kot untuk lepas rindu 16 hari aku shooting kat Melaka tu.
"Walaupun aku tahu esok lusa jiwa dan hati aku akan parah. Tapi takda pilihan.
"Kerja yang aku buat sekarang ni juga separuh dari kehidupan yang aku belum sedia nak tinggalkan dan tak pernah ada niat untuk meninggalkan sebab jiwa dan hati aku masih sayang," tulisnya di Instagram (IG).
Dalam pada itu, isteri kepada penyampai radio Fizi Ali berharap agar anak perempuannya, Ameena Sofia faham dengan pengorbanan yang dilakukannya.
"Cinta yang satu ni cukup hebat. Sekuat-kuat aku menahan rasa rindu tapi kali ni dengan budak ni aku awal-awal dah rasa gagal. Sakitnya Tuhan je tau.
"Maafkan saya @ameenasofia_ , saya sayang awak dengan sepenuh hati. Lebih dari segalanya.
"Nanti dah besar harap awak scroll gambar-gambar ni dan tolong baca. Buat kapsyen ni pun jantung aku dah sebak macam ada peluru tembus.
"Aku rasa jasad aku dah merangkak nak cari kekuatan untuk tinggal buah hati aku.
"Walaupun aku tahu Ameena akan dijaga sebaik mungkin oleh Daddy dan ibu bapa aku tapi maaf cakap, aku tetap rasa aku yang terbaik. Maaf. Bagi peluang lah aku kan mak dia," tulisnya lagi.
Sebelum ini, Shakilla meluahkan rasa sedih selepas terpaksa meninggalkan anak perempuannya, Ameena Sofia disebabkan memenuhi tuntutan kerja di Melaka.
BACA: Shakilla Khoriri Terpaksa Tinggal Anak Sebab ...
BACA: Shakilla Khoriri Menangis Teresak-Esak Terpaksa Berpisah Dengan Anak 15 Hari
Shakilla dan Fizi mendirikan rumah tangga pada 18 Februari 2018 dan dikurniakan seorang cahaya mata.
#Berlakon #Shakilla Khoriri
;