Shalma Eliana Akui Didekati Beberapa Jejaka Selepas Putus Cinta Dengan Ismail Izzani
Izwan Isa
02/12/2021 12:00 MYT
02/12/2021 12:00 MYT
Penyanyi dan pelakon Shalma Eliana mengakui ada didekati beberapa individu untuk menjalinkan hubungan istimewa sejak putus cinta dengan Ismail Izzani bulan lalu.
Begitupun, Shalma atau kini ingin dikenali sebagai Yana berkata, sekarang bukan masa untuk bercinta dan hanya mahu fokus pada diri sendiri.
“Jujurnya, ada saja yang DM menyatakan hasrat ingin berkenalan. Tetapi, saya anggap ia sebagai hubungan biasa-biasa sahaja.
“Saya selesa dan gembira begini. Tambahan pula saya mahu fokus dengan kerjaya dan tidak mahu fikir sangat soal cinta,” katanya kepada Gempak.
Yana berkata demikian sewaktu ditemui pada majlis pelancaran single terbaharunya, Your Loss di ibu kota sebentar tadi.
Dalam pada itu, ditanya adakah lagu Your Loss ditujukan kepada Ismail dan ada kena mengena dengan perpisahannya, Yana berkata: “Lagu ini saya tulis sendiri sewaktu saya sedang melalui satu fasa yang berkaitan dengan hidup.
“Lagu ini tidak ditujukan pada sesiapa, tetapi ia ada hubungkait dengan kisah cinta saya. Jadi ia boleh dikaitkan dengan sesiapa sahaja,” katanya jujur.
Berkenaan hubungan dengan Ismail, Yana menambah, dia tidak menyimpan dendam terhadap bekas kekasihnya itu.
“Saya memang tak suka bergaduh. Jadi kami tidaklah sampai bermusuhan. Lagipun buat masa ini saya hanya mahu fokus pada kerjaya,” tutupnya.
Terdahulu, Ismail mendedahkan yang hubungan cintanya dengan Yana sudah berkecai sekitar awal November lalu.
Jelasnya, mereka sudah membawa haluan masing-masing dan kini mahu memberi fokus kepada kerjaya seni.