Shalma Eliana Jawab Isu Kena ‘Bomoh’ Gara-Gara Ismail Izzani - “Allah Kan Ada… Kita Nak Takut Apa”
Asyikin Mayudin
25/11/2022 23:55 MYT
25/11/2022 23:55 MYT
Nama penyanyi Ismail Izzani menjadi perbualan hangat di laman sosial sepanjang minggu ini gara-gara tular video panas lelaki miripnya menari dan mencium pipi wanita di sebuah kelab hiburan.
Isu itu juga membuatkan nama bekas kekasihnya iaitu Shalma Eliana turut terpalit sekali apabila ada pihak mendakwa pernah menghantar sihir kepada penyanyi itu.
Menerusi Instastory, Eliana berkongsi soalan netizen yang ingin tahu mengenai dakwaan seorang wanita dikenali sebagai Mia Lara yang mendedahkan pernah melakukan perkara syirik terhadap penyanyi itu.
"Saya baca di Boom! pasal perempuan bomoh awak. Betul ke? Seram,” tanya individu tersebut.
Menjawab pertanyaan tersebut, Eliana secara ringkas berkata dia sentiasa berdoa agar dirinya dilindungi dan dijauhkan dari perkara tidak diingini.
"Saya tak tahu macam mana nak respon. Tapi kita doa saja supaya sentiasa dilindungi dan dijauhkan dengan perkara tidak diingini. Allah kan ada. Kita nak takut apa,” katanya.
Dalam pada itu, pemilik nama Shalma Eliana Bruhanutheen turut mengakui dia sukar untuk mencari pengganti selepas putus cinta dengan pelantun lagu Bidadari pada November tahun lalu.
"Saya dah tak tahu macam mana nak suka orang dah. Tak tahu la sebab trauma ke? Saya rasa isu kepercayaan. Tapi saya memang susah nak suka orang dah. Bila saya tengok orang hensem, okay kemudian bye.
"Nak berkenalan dan pergi keluar makan, boleh saja. Tapi crush tak ada. Macam mana nak cari jodoh, kalau nak suka orang pun tak boleh,” ujarnya.
Terdahulu, Ismail dan Eliana berkenalan sejak 2014 dan mula rapat empat tahun kemudian.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!