Bintang Gegar Vaganza 2019 (GV2019) Sham Visa terpilih sebagai Bintang CUCKOO Paling Gempak pada konsert minggu keempat yang berlangsung di Auditorium MBSA malam Ahad.

Di atas kemenangan tersebut, Sham membawa pulang periuk serbaguna bertekanan tinggi Q10 bernilai RM1,886 tajaan CUCKOO.

Periuk Serbaguna Bertekanan Tinggi CUCKOO Q10 boleh digunakan untuk mode masakan yang bermacam-macam. Hanya dengan periuk nasi serbaguna tersebut, ia dapat menyediakan makanan yang enak dan menjimatkan wang, masa dan tenaga anda. Sebagai contoh, anda boleh menggunakannya untuk memasak nasi lemak dan min telah dapatkan resipi mudah dari iResipi.

Pertama sekali, anda harus menyediakan bahan-bahan berikut:Kemudian, cuci beras hingga bersih dan toskan airnya. Selepas itu, anda boleh masukkan bahan-bahan yang disediakan ke dalam Q10, setkan fungsi yang betul dan kacaukan rata sampai masak. Hidangkan bersama sambal, timun, kacang goreng, telur rebus dan ikan bilis goreng.

CUCKOO menampilkan periuk serbaguna bertekanan tinggi Q10 yang bukan sahaja memudahkan proses memasak tetapi turut memastikan kesihatan keluarga sentiasa terjamin.

Periuk Serbaguna Bertekanan Tinggi Q10 mencetuskan revolusi dalam dunia masakan kerana mempunyai sembilan mod masakan, 15 ciri keselamatan, antara lain seperti pemegang tahan panas, bekas dalam yang tidak melekat, mekanisme kunci keselamatan dan tiga bahasa (Inggeris, Melayu dan Mandarin) bagi kawalan suara.



Ia juga boleh dilaraskan kepada tujuh ketetapan bagi menentukan kelembutan atau kelikatan makanan yang dimasak terutama nasi daripada beras perang selain dilengkapi fungsi pembersihan automatik menggunakan kaedah pensterilan wap.



Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Q10, sila layari laman web CUCKOO. Anda juga boleh menonton video CUCKOO Q10 di bawah ini:

Siapakah yang bakal dinobatkan sebagai Bintang CUCKOO Paling Gempak minggu kelima?

Dipilih oleh peminat menerusi laman sesawang Gegar Vaganza, anda boleh mengundi bintang GV2019 kegemaran anda sekarang di www.gegarvaganza.com.my.

Undian akan dibuka sepanjang minggu dan akan ditutup setiap Ahad, jam 6 petang.

CUCKOO juga menjadi penaja bersama rancangan hiburan popular Gegar Vaganza 2019 (GV2019) yang bersiaran setiap hari Ahad pukul 9 malam di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

GV2019 menyaksikan persaingan sengit antara 10 bintang yang masih kekal pada minggu kelima.

Dapatkan perkembangan terkini tentang GV2019 hanya di laman sosial rasmi Instagram @gegarvaganzaofficial atau Facebook Astro Gempak atau di laman web www.gempak.com/gegarvaganza.