Sharifah Amani Selamat Bersalin, Pilih Nama Klasik Untuk Anak - “Meet Our Little One Ahmed Mohsein”
Mya Amri
28/06/2024 09:39 MYT
28/06/2024 09:39 MYT
Suami kepada pelakon, Sharifah Amani iaitu Ahmed Faris Amir mengucapkan rasa syukur selepas isterinya selamat melahirkan anak sulung mereka.
Pilih nama Ahmed Mohsein
Berita gembira itu dikongsi Faris menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya hari ini.
Menurut Faris, Amani dan anak mereka kini berada dalam keadaan baik.
Selain itu, Faris juga mendedahkan nama pilihan buat permata hati pertama mereka iaitu Ahmed Mohsein.
Hantaran itu juga turut disertakan dengan foto yang merakamkan wajah Faris dan Amani sedang tersenyum sambil memandang cahaya mata kesayangan mereka.
“Assalamualaikum, please meet our little one Ahmed Mohsein bin Ahmed Faris, born on 26 June 2024.
“Alhamdulillah, mom and baby are doing well, thank you all for your prayers,” tulisnya.
Sementara itu, ruangan komen hantaran berkenaan dihujani dengan ucapan tahniah rakan artis dan juga peminat.
Terdahulu, Amani dan Faris mendirikan rumah tangga pada 10 September 2022.