Hiburan

Sharifah Rose dan Ezzrin Loy Dalam Proses Kenali Hati Budi - “Bagi Saya Ruang..”

gempak
Umirah Halim
29/02/2024
03:30 MYT
Sponsor Banner
Sharifah Rose dan Ezzrin Loy Dalam Proses Kenali Hati Budi - “Bagi Saya Ruang..”
Pelakon, Sharifah Rose memberikan respons mengenai dakwaan percintaannya bersama aktor Ezzrin Loy.
Menurut Rose, 26, dia meminta agar diberi ruang kerana masih di dalam sesi mengenal hati budi masing-masing bersama Ezzrin.
“Saya takde nak komen lebih-lebih. Sekarang ni pun kita masih berkawan dan kenal pun sebab pernah shooting sekali.
“Sebelum itu pun dah pernah berkawan so agak selesa lah berkawan dengan dia sampai sekarang.
“Bagi saya ruang dulu untuk kenal dia dulu daripada nak terus declare kepada media dan public lebih daripada kawan.
“Saya berkawan dengan dia dah lama sejak 3 tahun lepas cuma lebih rapat bila pernah shoot bersama,” katanya kepada Gempak.
Sebelum ini, pelakon itu dilihat mesra berkongsi video di platform TikTok bersama Ezzrin Loy sehingga mencetuskan tanda tanya dalam kalangan netizen mengenai status hubungan mereka.
@sharifahroses
Merajuk + malas nak layan duo
♬ Baby I'm Yours - Arctic Monkeys
Sharifah Rose berkongsi perkara ini ketika ditemui di Majlis Pelancaran Rantaian Kasih di Aidilfitri 2024 Habib Jewels di Kuala Lumpur.

Berita Trending: "Saya Akan Beritahu Satu Dunia Bila Dah Halal" - Sharifah Rose

Untuk rekod, Sharifah Rose sudah menjadi duta bagi Habib Jewels selama dua tahun berturut-turut.
Sekadar info, koleksi habib tahun ini menampilkan tema 'Anyaman' dan sekali lagi mengetengahkan ikatan kekeluargaan yang erat sempena kempen Hari Rayanya yang dikenali sebagai Rantaian Kasih.
Kempen Rantaian Kasi tahun ini juga menampilkan duta-duta daripada latar belakang yang berbeza termasuk Amyra Rosli bersama keluarganya dan Ezzanie Jasnie.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024