Pendatang baru Sharifah Rose menafikan dia mempunyai sebarang hubungan cinta dengan aktor kacak Redza Rosli selepas kedua-duanya kelihatan mesra sewaktu menjayakan drama Kekasih Hati Mr Bodyguard.
Menurut Rose atau nama sebenarnya Sharifah Rose Sabrina Syed Mohd Mazfira, 23, Redza merupakan seorang pelakon yang banyak membantunya dalam memberi kata-kata motivasi dan semangat untuk menjiwai watak.
“Kalau nak kata cinta lokasi tu, takde la. Kita sekadar rapat untuk menjayakan drama tu dan alhamdulillah drama tu berjaya sebab awalnya kan dapat kritikan. Redza banyak bagi semangat, dia ajar Rose dekat set sampai Rose dapat menjiwai karakter tu.
“Rose kan pendatang baru, berlakon drama Kekasih Hati Mr Bodyguard, Redza lah one of the cast yang datang duduk dengan Rose, bagi pelbagai input. Dia seorang pelakon yang method, bila dia berlakon tu kita akan rasa,” ujar Rose ketika ditemubual.
Rose ditemui ketika pelancaran program terbaharu Master in The House yang diadakan di Petaling Jaya Performing Arts Centre, Petaling Jaya, Selangor pada Selasa.
Melihat pada perkongsian beberapa aksi mesra di media sosial juga, ramai wargamaya yang seolah-olah ‘merestui’ hubungan mereka berdua.
Namun bagi Rose, semua itu dilakukan demi mempromosikan drama terbabit dan tidak mempunyai niat yang selainnya.
“Kalau momen sweet sweet kat media sosial tu takdelah, itu sekadar mempromosikan cerita itu sahaja.
“Sekarang pun masing-masing sibuk dengan jadual masing-masing, Rose dekat set baru, dia pun sekarang ada penggambaran di Perlis,” jelas Rose lagi.
Azwa Rahman
Thu Jan 06 2022


“Kami Ingin Tunjuk Bakat, Bukan Sekadar Rupa” - Da Unknown Mahu Buktikan Muzik Dihasilkan Berkualiti
Kacak-kacak team member Unknown

Selepas Isteri Failkan Cerai, Musa Hassan Pula Fail Tuntutan Nusyuz
Musa Hassan Fail Tuntutan Nusyuz

Tular Isu 'Raya Mengejut' Sekali Lagi, Jakim Tampil Beri Penjelasan - "Disaran Membuat Semakan Di..."
Raya mengejut lagi?

Emilia Hanafi Tarik Balik Kes Dicederakan SM Faisal 8 Tahun Lepas Dengan Terma & Persetujuan
Emilia tarik balik kes SM Faisal Dengan Syarat

"Steady Video Tak Bergegar!" - Netizen Puji 'Filem' Promo Bulan Bintang Ada Beto Kusyairy
Powernya Bulan Bintang!

“Dia Bukan Budak Yang Saya Kena Pantau”- Isteri Aliff Syukri Bosan Kena Tag, Dah Nasihat Suami Tapi Tak Dengar
Alamak datin dah marah.
![[VIDEO] “Nak Anak-Anak Perempuan Ada…” - Mawar Rashid Dedah Sebab Tukar Nama Anak Ketiga [VIDEO] “Nak Anak-Anak Perempuan Ada…” - Mawar Rashid Dedah Sebab Tukar Nama Anak Ketiga](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/gambar/video-nak-anak-anak-perempuan-ada-mawar-rashid-dedah-sebab-tukar-nama-anak-ketiga.jpg?ext=.jpg)
[VIDEO] “Nak Anak-Anak Perempuan Ada…” - Mawar Rashid Dedah Sebab Tukar Nama Anak Ketiga
Best nama anak Mawar.

Hanna Delisha Akui Penat Menangis Dalam ’Andai Itu Takdirnya’ - “Sebab Itu Habis Projek Ini Saya Nak Ambil…”
Lakonan Hanna memang power!

#AstroGoMovies: Jom Gandakan Pahala Dengan Menyaksikan Program Menarik Sepanjang Ramadan! Ada Nabil To Neelofa, Geng Ta’alim & Banyak Lagi
Program menarik! Jom tengok

“Wajah Semua Comel Bersih, Tak Terbakar”- Ebit Lew Menangis Hadiri Pegebumian 4 Beradik
Ebit Lew Menangis Hadiri Pegebumian 4 Beradik