Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Hiburan

Sharifah Sakinah Dedah Pernah Bekerja Di Cyber Kafe - “Semua Orang Tak Tahu, Termasuk…”

Umirah Halim 09/12/2024 | 10:25 MYT

Pelakon Sharifah Sakinah mendedahkan bahawa dirinya pernah bekerja di kafe internet suatu ketika dahulu.

Perkara itu dikongsikan menerusi podcast Sembang Selebriti yang dikendalikan personaliti radio, Fizi Ali.

Ibu tak tahu

Menurut pemilik nama sebenar Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired tersebut menyatakan pekerjaannya sebagai seorang penjaga kaunter ‘cyber cafe’ tidak diketahui sesiapa termasuklah ibunya sendiri.

“Saya suka cyber cafe dulu, lepas tu tak ada duit nak pergi cyber cafe jadi saya bekerja sebagai penjaga kaunter dekat cyber cafe.

“Tapi sebenarnya sekejap sahaja, satu jam. Semua orang tak tahu, termasuk mak saya pun tak tahu, entah-entah ini dia baru tahu,” kongsi aktres itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Comel! Anak Perempuan Muncul Di KLFW 2024, Sharifah Sakinah Menjerit Beri Sokongan

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Tidak Pernah Rasa Semak Dengan Netizen” - Sharifah Sakinah

Selain itu, aktres berusia 35 tahun berkenaan juga sempat berkongsi pengalamannya ditegur oleh pengarah Michael Ang kerana tersalah mengambil skrip pelakon lain ketika di awal permulaan karier lakonannya.

“Saya awal-awal dah kena maki dengan Michael Ang. Sebab kali pertama berlakon saya terambil skrip Erra Fazira,” kongsinya

Sekadar info, setakat artikel ini ditulis hantaran itu meraih lebih 100,000 tontonan dan hampir 5,000 tanda suka di TikTok.

Sumber: TikTok

#Sakinah #Sharifah #Kerja #cyber kafe
;