Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Gaya Hidup

Sharifah Sakinah Dipaksa 'Urut' Ayam Mentah

Ahmad Shah 19/06/2016 | 06:31 MYT

Chef Anis Nabilah menggunakan ayat “massage ayam” ketika meminta pelakon Sharifah Sakinah membantunya melumurkan ayam mentah dengan kunyit sebelum dibakar.

Chef Anis memberitahu maksud "massage ayam" itu adalah proses melumur yang perlu dilakukan dengan cara mengurut.
Menerusi episod 5 Eat Clean With Anis, Sakinah yang menjadi tetamu undangan, terpaksa melakukan perkara tersebut kerana tidak pandai memasak selain takut dengan api dapur.
Selain tidak memasak, Sakinah juga ‘kantoi’ tidak kenal serai serta beberapa bahan masakan lain, menyebabkan Chef Anis ketawa melihat gelagatnya.
Bagaimanapun Sakinah akui teruja dan tidak menyangka berjaya membantu memasak dua menu popular di bulan Ramadan iaitu Bubur Lambuk Oat dan Ayam Percik.
Kesemua menu yang dimasak Chef Anis dan Sakinah itu semestinya menyelerakan, berkhasiat dan mampu memberi tenaga yang secukupnya sebagai juadah berbuka puasa.
Ingin tahu apakah resepi enak dan sihat dalam Eat Clean With Anis kali ini? Saksikannya di Astro Bella (saluran 133) dan Mustika HD (saluran 134) pada setiap hari Ahad, jam 7.00 malam ini.
Buat mereka yang terlepas menyaksikan program masakan ini, anda boleh mendapatkan segala resipi yang telah dipaparkan di aplikasi SUUDU, menerusi e-Book, Eat Clean With Anis, yang bertindak selaku one stop centre kepada dimensi makanan sihat masa kini.

#Suudu #Sharifah Sakinah
;