Hiburan
Sharifah Sakinah Jawab Tuduhan Pakai Kasut Sukan Tiruan
Pelakon Sakinah atau nama sebenarnya Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired menjadi perhatian netizen apabila dia dikatakan memakai kasut sukan Adidas tiruan oleh sebuah akaun di Instagram.
Menerusi sebuah entri di Instagramnya, Sakinah mempersoalkan bagaimana seorang pakar memastikan kesahihan produk berdasarkan gambar sahaja.
Sakinah menekankan dia bukannya ingin menjadi seorang yang angkuh tetapi hanya ingin mengetahui kriteria untuk kasut palsu.
Sakinah juga memberitahu kasut sukan itu diberi sendiri oleh pihak Adidas bukan dibelinya daripada pihak penjual.
Terdahulu, pengacara terkenal Awal Ashaari turut menjadi mangsa kepada akaun Instagram tersebut.
Awal turut memuat naik satu entri menunjukkan bukti resit pembelian kasut yang didakwa tiruan itu.
"Okay dah cukup kasi dia followers. Apa-apa call #AdidasMY. Bye," tulis Awal.
Must-Watch Video