Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Sharifah Sakinah Jumpa Pengganti Lepas Edah

Zulaikha Yusof
17/09/2020 05:30 MYT
Pelakon Sharifah Sakinah mengakui sudah bertemu dengan pengganti selepas berpisah dengan bekas suami yang juga seorang juruterbang, Aliff Adha, pada Mei lalu.

BACA: "Dia Nak Main Aplikasi Dating, Itu Hak Dia…” - Sharifah Sakinah Sahkan Sudah Bercerai

Menurut Sakinah, 31, detik perkenalan dengan jejaka bukan berbangsa Melayu (Mat Saleh) itu bermula di pusat senaman selepas selesai tempoh edah.

"Sekarang gembira..Saya seorang transparent.. Kalau betul mengaku jelah. Yelah..

"Satu hari jadi yang sama, 10 tahun beza umur (jejaka tersebut lebih tua daripada Sakinah). Selepas habis edah kami berkenalan di pusat senaman.

"Rezeki.. Baik pulak tu," katanya sambil ketawa kecil.

Sakinah ditemui di Grand Finale Wholly Fitz di DoubleTree, Hilton, Kuala Lumpur pada Selasa malam.

Jejaka Mat Saleh itu turut bersama menemani pelakon drama Girlfriend Aku Dari Neraka The Series di majlis tersebut.

Sebelum ini, pemilik nama Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired menyatakan dia enggan merujuk kembali dengan bekas suami untuk memberi fokus kepada diri dan anak tunggalnya sahaja.

BACA: "Saya Rasa Lega" - Sakinah Enggan Rujuk Dengan Bekas Suami

Sakinah mendirikan rumah tangga dengan Aliff pada 28 Mac 2015.

Hasil perkongsian hidup, pasangan berkenaan dikurniakan seorang cahaya mata, Anais Adha yang kini berusia tiga tahun.

#Sharifah Sakinah #Edah #Pengganti #Mat Saleh
;