Sharifah Sakinah Selamat Bersalin

Syafiqah Jalal
Mei 24, 2017 04:57 MYT
Pelakon Sharifah Sakinah disahkan sudah melahirkan bayi sulungnya pagi tadi.
Berita itu dikongsi oleh kakaknya, Sharifah Shahira menerusi laman Instagram.
Bayi perempuan itu diberi nama Anais Adha.
Berikut merupakan kapsyen yang ditulis oleh Shahira:
"Haaaa.... dah bersalin sakinah... Tahniah ye... nanti update gambar baby Anais Adha..Bagi dia rest kejap"
Sakinah mendirikan rumah tangga dengan seorang juruterbang, Aliff pada Mac 2015.
#Bersalin #Sharifah Sakinah #Cahaya Mata