Pelakon dan penyampai radio, Sharifah Shahira terperangkap di dalam kawasan hutan akibat banjir.

Perkara itu dimaklumkan Shahira atau lebih mesra dengan panggilan Shiera menerusi posting terbaharu di akaun Instagramnya hari ini.

Video pendek itu merakamkan arus deras selain kawasan rumah yang didudukinya dinaiki air.

“Kami pun lekat ni tak boleh keluar banjir. Di Ulu Dong. Stay safe semua. Kami dan anak-anak duduk dalam hutan...” maklumnya.

A post shared by Shiera Al-Khaired (@shieraijoy)


Bagaimanapun menerusi kemasan terbaharu di Insta Stories, Shiera memberitahu keadaan air semakin surut.

“Air dah surut dah. Doakan kami, doakan semua orang Pantai Timur ni. Dah surut tadi sampai ke atas air ni,” ujarnya.


Menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya meluahkan rasa risau dengan keadaan Shiera.

“Usaha keluar dulu sis… Bahaya Dong ni tempat air turun. Teruk banjir besar dah Pahang ni,” komen @scha_yana

“Allahuakbar, lajunya air tu... stay safe semua kat sana ya,” tulis @ aziayana92

Selain Shiera sekeluarga, pelawak dan pengacara Nabil Ahmad juga turut berada di tempat yang sama bersama keluarganya

Sama-sama doakan Shiera dan Nabil sekeluarga agar segala urusan dipermudahkan.