Hiburan
Sharifah Zarina Selamat Jalani Pembedahan Buang Ketumbuhan
Penyanyi Sharifah Zarina mendedahkan dia baru selesai menjalani pembedahan mata bagi mengeluarkan ketumbuhan pada pagi tadi.
Menerusi sebuah entri di Instagram (IG)nya, Zarina, 39, bersyukur kerana segala prosedur berjalan dengan lancar.
"Terima kasih atas doa kalian. Saya tak sempat nak balas satu-satu. Pembedahan mata saya berjalan lancar. Alhamdulillah.
"Saya ingin berterima kasih kepada Dr Oomment George kerana telah berjaya mengeluarkan ketumbuhan di bahagian mata saya dan hasilnya sangat kemas dan cantik," tulisnya.
Dalam pada itu, pelantun lagu Langit Ke-7 turut mengucapkan terima kasih kepada salah seorang jururawat yang membantu menutupi auratnya di bahagian leher.
"Dan juga kepada adik nurse dalam video ni. Saya separuh sedar tapi dia jaga aurat saya. Dia tutup leher saya guna tudung @lovetahq kesayangan saya. Kalau ada siapa kenal adik ni tag dia ya," tulisnya lagi.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat menasihati Zarina agar mendapatkan rehat secukupnya.
"@shawn_ahn139: Syukur Alhamdulilllah, rehat ya sis @sharifahzarina_official semoga cepat sembuh seperti sedia kala. Amin.
"@apple.ai: Alhamdulillah. Saya perasan juga mata you macam ada bonjol tu, tapi segan nak tanya. Syukur semuanya dah selamat. Jaga diri, makan ubat dan rehat secukupnya supaya sembuh cepat.
"@chombee.khaty: Alhamdulillah," antara komen-komen yang ditulis.
Instagram: @sharifahzarina_official
Must-Watch Video