Sharina Richie Berbeza Dengan Wanita Lain, Lebih Minat Enjin Kereta Berbanding Shopping! - “Saya Umur 19 Tahun Dah Ada Nissan 350Z”
Ernalisa
26/09/2024 12:25 MYT
26/09/2024 12:25 MYT
Lain padang lain belalang, lain orang lain ragam.
Itu yang boleh digambarkan tentang pempengaruh media sosial, Sharina Richie yang lebih gemar meluangkan masa dengan melihat enjin kereta berbanding keluar membeli-belah seperti wanita lain.
Itu yang boleh digambarkan tentang pempengaruh media sosial, Sharina Richie yang lebih gemar meluangkan masa dengan melihat enjin kereta berbanding keluar membeli-belah seperti wanita lain.
BERITA BERKAITAN : Kongsi Posting Menyentuh Hati, Abby Abadi Minta Fattah Amin Pujuk Fazura - "Peluk Kuat-Kuat!"
BERITA BERKAITAN : Berjubah Putih, Fazura Hadir Ke Mahkamah Bagi Sebutan Permohonan Cerai - “Moga Dipermudahkan”
BERITA BERKAITAN : "Che Puan Sarimah Ibrahim Tetiba Behave Bila Pakai Tudung" - Director | Singgah Set
BERITA BERKAITAN: Skill Dibandingkan, Chef Wan Tak Dengki Dengan Pencapaian Khairul Aming - “Dia Juga Sumber Inspirasi Saya”
Pempengaruh terkenal dengan sifat beraninya di trek ini berkata minatnya terhadap bidang automotif ini disebabkan 'pengaruh' daripada bapanya yang juga mempunyai sebuah bengkel.
“Saya suka bidang automotif ini sebab bapa saya pun ada bengkel. Kalau wanita lain nak 'healing' pergi masak tapi berbeza dengan saya yang lebih suka buka bonet kereta.
"Apa saja yang melibatkan kereta, saya boleh pasang dan upgrate. Minat saya terhadap bidang ini juga sebab bapa saya pun trek driver tapi bukan drifter la," katanya kepada Gempak.
Menurut Sharina lagi, berkecimpung dalam dunia seni automotif memberi pengalaman dan ilmu baharu untuk dirinya menjadi seorang pelumba drift yang lebih baik.

"Saya sentiasa jumpa orang baru dan saya dapat ilmu baru supaya saya boleh belajar dan jadi lebih baik dengan ilmu yang saya dapat,” ujarnya lagi.
Gadis yang mesra dengan panggilan Sha ini berkata, minatnya mula bercambah seawal 9 tahun apabila dia kerap mengikut bapanya ke bengkel kereta.
"Saya umur 19 tahun dah ada Nissan 350Z… lepas itu saya ada Hibrid kereta Toyota Hibrid tu saya bawa pergi pasar saja.
"Sebab umur saya berbelas tahun saya dah pergi cuci rumah orang. Saya banyak buat kerja, apa sahaja yang ada duit saya akan buat kerja itu.
"Apa sahaja kerja yang boleh mendatangkan duit untuk ibu bapa, saya akan buat," katanya.
Sebelum ini gadis itu kecoh yang mana pelawaannya ditolak personaliti YouTuber terkenal IShowSpeed ketika lelaki berkenaan diminta menaiki kereta yang akan dipandunya ketika itu.