Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Sharnaaz Ahmad Jalani Pembedahan Sinus

Zulaikha Yusof
20/11/2020 04:10 MYT
Pelakon Sharnaaz Ahmad, 35, telah menjalani pembedahan sinus semalam di sebuah pusat perubatan swasta.

Sharnaaz atau nama sebenarnya, Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad memaklumkan perkara itu menerusi sebuah rakaman video di Instagram (IG) selepas selesai menjalani pembedahan itu.

"Buat yang tertanya tentang saya, saya okay baru saja selesai buat pembedahan. Saya ada sinus. Minta maaf memang bersepah (darah) sikit.

"Saya tak boleh cakap lama, darah akan keluar. Sinus ada banyak jenis, saya punya kasi selesai buang semua. Sakit," katanya.

A post shared by Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad ™ (@sharnaazahmad)


Di ruangan komen, rata-rata rakan artis dan peminat mendoakan agar Sharnaaz cepat sembuh malah ada juga yang tidak lokek berkongsi cara untuk menghentikan darah mengalir.

"@almynadiaofficial: Mamu cepat sembuh naaa.. Rehat ok.

"@acheykintangkintung: Selamattt matttt.

"@adila.70120707: Mamu pi pam ayaq garam yang depa bagi tu dalam hidung, untuk keluarkan darah tu, nanti cepat darah tu berhenti.

"@jasnymardhiah: Hang sakit macam ni pun hidung ada darah hang tetap hensem Mamu. Speedy recovery Mamu.

"@iezapekan: Apa-apa pun cik doakan hampa cepat sembuh. Sebab Allah sayang dia bagi kita ujian. Jadi insya-Allah mudahan cepat sembuh. Amin," antara komen-komen yang ditulis.

Sebelum ini, bekas isteri iaitu kakak kepada pengacara Neelofa, Noor Nabila mendoakan agar urusan pelakon filem Jebat ini berjalan lancar.

"Semoga dipermudahkan dan berjalan lancar. Amin," kongsinya di Instagram Stories.




#Sharnaaz Ahmad #pembedahan #Sinus
;