HIBURAN
Sharnaaz Ahmad Sayu Sambut Ramadan Tahun Ini Tanpa Arwah Bapa - “Tak Akan Pernah Sama…”
Ramadan kali ini pastinya terasa berbeza buat aktor versatil, Sharnaaz Ahmad apabila menyambut bulan Ramadan tanpa insan tersayang, bapanya Basir Ahmad yang telah kembali ke rahmatullah November lalu.
Ramadan Tanpa Sosok Seorang Ayah
Menerusi satu hantaran penuh emosi di Instagram (IG), Sharnaaz meluahkan rasa rindu yang mendalam terhadap arwah bapanya.
“Selamat menyambut Ramadan my hero, my idol, my Papa… BASIR AHMAD @ BAZIR AHMAD.. Al-Fatihah pa,” coret Sharnaaz.
Rindu Yang Tiada Penghujung
Tambahnya lagi, kehilangan itu meninggalkan kekosongan yang tidak mungkin dapat diganti.
“Tak akan pernah sama.. dan tak akan pernah surut rindu ini..” luahnya.
Ternyata, kehilangan itu memberi tamparan hebat buat aktor berbakat ini, namun tetap tabah meneruskan kehidupan sambil mengenang memori bersama arwah.
Di ruangan komen, rakan selebriti dan peminat tidak ketinggalan menitipkan kata-kata semangat serta doa agar roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang beriman.