Hiburan
Sharnaaz Ahmad Tenang Hadap Dugaan, "Dari Awal Pun Terpalit Cuma ..."
Pelakon Sharnaaz Ahmad menyatakan sejak awal lagi namanya sudah terpalit dengan kes penggubahan wang haram Macau Scam dalam kalangan selebriti.
Kata Sharnaaz atau nama sebenarnya, Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, 35, dia tidak terlalu memikirkan mengenai hal terbabit.
"Dari awal pun terpalit cuma tak ambil pening pun. Setiap dugaan dalam hidup saya, macam-macam dah lalui. Jadi, hadap saja," katanya menerusi kiriman mesej di WhatsApp.
Menerusi Instagram Stories miliknya, pelakon filem Jebat menyatakan kali terakhir dia melakukan kegiatan haram adalah pada zaman sekolah.
Terdahulu, media melaporkan dua artis terkenal yang terlibat dalam bidang lakonan dan pengacaraan bakal dipanggil SPRM untuk membantu siasatan kes terbabit.
Must-Watch Video