HIBURAN
Sharon Stone Dedah 25 Tahun Pakai Seluar Dalam Lelaki
Di sebalik glamor dunia Hollywood dan imej seksi Sharon Stone, aktres itu mengaku dirinya seorang wanita biasa di luar karier anak seni.
Dia mendedahkan malah memakai seluar dalam lelaki jenis boxer selama lebih 25 tahun. Hal itu dilakukan kerana dirinya dikelilingi tiga anak lelaki.
“Lihatlah berapa ramai lelaki yang saya ada di rumah. Tidak mungkin saya memakai seluar dalam wanita.
“Jadi saya memakai boxer selama lebih dua dekad di rumah kerana dikelilingi anak lelaki.
“Tindakan itu saya lakukan sebagai ‘kesepakatan’ dan persamaan dengan anak-anak lelaki saya,’ katanya seperti dilaporkan People.
Aktres yang sedang mempromosikan filem terkini, Nobody 2 itu mengatakan bagaimanapun kini dia sudah kembali memakai seluar dalam wanita dan berasa lebih feminin.
“Sekarang mereka sudah dewasa dan saya baru dapat merasa semula memakai seluar dalam wanita.
“Saya rasa feminin semula. Saya juga mula membiarkan rambut kembali panjang, menjadi wanita semula,” katanya sambil berseloroh.
Stone, 67, memiliki tiga anak lelaki iaitu Roan, 25, Laird, 20, dan Quinn, 19 tahun.