HIBURAN
Shasha Abedul Sah Jadi Isteri Adam Dengan Sekali Lafaz - “Sebelum Akad Nikah Memang Rasa…”
Pelakon Shasha Abedul selamat melangsungkan pernikahannya dengan pasangan pilihan yang hanya dikenali sebagai Adam pada 8.30 pagi, Sabtu.
Shasha sah menjadi isteri kepada Adam dengan hanya sekali lafaz dan majlis pernikahan mereka diadakan secara tertutup di Masjid Tengku Kelana Jaya, Petaling Jaya.
Berasa gemuruh sebelum akad nikah, Shasha bagaimanapun meluahkan rasa syukur majlis pernikahannya berjalan lancar biarpun cuaca dalam keadaan mendung.
“Perasaan yang tak dapat digambarkan… sebelum akad nikah memang rasa gementar tapi selepas itu rasa bersyukur sebab semuanya berjalan lancar, saya anggap ‘we were in the moment’.

“Untuk datang ke lokasi pernikahan tak ada halangan, semuanya on time walaupun cuaca agak mendung tapi berjalan ikut yang dirancang. Harap semua mendoakan kebahagian dan kesejahteraan kami,” katanya kepada Gempak.
Dalam pada itu, suami kepada Shasha iaitu Adam turut bersyukur proses ijab kabul dilakukan hanya sekali lafaz dan semua berjalan lancar.
“Alhamdulillah proses ijab kabul sekali lafaz dan hari ini semua berjalan lancar semuanya tenang,” ujarnya.
Berita gembira itu juga turut dikongsikan rakan baik Shasha yang juga pelakon dan penyanyi Daiyan Trisha menerusi Instagram.
Pasangan mempelai itu memakai busana pengantin serba putih dan majlis mereka hanya dihadiri ahli keluarga terdekat & rakan rapat sahaja.
Sebelum ini, Shasha berkongsi berita gembira dia sudah mengikat tali pertunangan dengan lelaki pilihannya pada 12 Januari lalu.