Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

Shashic, Filzah Kini Pasangan Suami Isteri

Syafiqah Jalal
03/06/2023 12:14 MYT
Hanya dengan sekali lafaz, pelawak Shashic Iewan selamat bernikah dengan Filzah Azmi yang juga seorang pelawak pada petang Sabtu.

Mempelai itu dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan iaitu Azmi Ghazli bersaksikan jurunikah Mohd Fauzi Bashah Penolong Pendaftaran Nikah Kahwin Titiwangsa.

Majlis akad nikah itu berlangsung di Doplohtiga Space Kuala Lumpur yang dihadiri keluarga dan rakan terdekat.

Shashic yang merupakan peserta Maharaja Lawak Mega 2021 (MLM2021) itu menyerahkan mas kahwin kepada Filzah sebanyak RM100.

Selain itu, Shashic dan Filzah masing-masing berbalas tujuh dulang hantaran.

Pada majlis tersebut pasangan berkenaan mengenakan pakaian sedondon berwarna hijau mint.
#Kahwin #Pelawak #Shashic #Filzah Azmi