Pelawak Shashic Iewan mendedahkan sudah tujuh tahun menjalinkan percintaan dengan Filzah Azmi, 33, sebelum mereka sah menjadi pasangan suami isteri pada Sabtu.
Kata Shashic, 32, dia sengaja merahsiakan perkenalannya kerana bimbang tanggapan orang luar.
“Perkenalan kami adalah ketika sebelum saya masuk industri lagi. Saya orang belakang tabir, seorang writer untuk pelawak-pelawak dan masa itulah kami kenal. Masing-masing kemudian suka sama suka. Masa itu tahun 2016.
“Saya rahsiakan sebab risau jika ada banyak kecaman dan sebagainya. Lagipun saya tak suka hendak tunjuk kebahagiaan kerana kita tak tahu orang suka atau orang dengki dengan kita. Sebab itu, kalau boleh kami sembunyikan dulu,” katanya.
Bekas peserta Maharaja Lawak Mega 2012 (MLM 2021) itu ditemui bersama isterinya ketika majlis akad nikah dan resepsinya semalam.
Berkongsi lagi mengenai Filzah yang kini menjadi suri hatinya, Shashic memberitahu wanita itu setia bersamanya di waktu susah dan senang.
“Dia adalah salah seorang wanita yang sentiasa ada bersama saya tidak kira ketika saya jatuh dan juga berada di puncak.
“Harapan saya mahu cuba jadi suami yang baik dan bawa isteri saya ke syurga. Saya tak janji tapi itu pasti,” ujarnya.
Sementara itu, Filzah pula memberitahu Shashic seorang lelaki yang berjaya menambat hatinya sehingga direstui oleh ibu bapanya.
“Orang ingat saya bersama dengan Shashic selepas dia jadi artis tetapi sebenarnya sebelum itu lagi.
“Saya terpikat dengan dia kerana seorang seorang lelaki yang baik dan sangat bertangungjawab. Dia akan menjaga saya walau apa pun, oleh kerana itu mak ayah saya juga tidak bimbang menyerahkan saya kepadanya,” kongsinya.
Pasangan ini belum merancang untuk pergi berbulan madu kerana Shashic bakal berangkat ke Terengganu dan menjalankan tugas di sana selama 20 hari sebaik sahaja majlis perkahwinannya.
Syafiqah Jalal
Sun Jun 04 2023


GV10: “Semoga Terus Cemerlang, All The Best Adikku” - Bahang Kian Terasa! Anuar Dan Ziana Zain Pun Dah Wish Noryn Aziz
Wah Ziana dan Anuar Zain pun beri sokongan tau.

"Anak Bekas Menteri Terima Biasiswa Di Bawah Asnaf Fisabilillah" - MAIWP
Pemberian biasiswa kepada anak bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berasaskan takrifan asnaf fisabilillah.

"Enjoying Last Day Lepak-Lepak, Nak Pergi Massagelah" - Aishah Sebelum All Stars Gegar Vaganza Mula!
Good luck Datuk Aishah!

“Bahagia, Rasa Tenang” - Afdlin Shauki Sahkan Sudah Berkahwin
Alhamdulillah.

“Panik! Dekat Sejam Rungkai Tak Berjaya” - Rambut Anak Melekat Teruk Di Sikat, Ibu Tebal Muka Jumpa Abang Bomba
Nasib baik ada abang Bomba.

Tan Sri Musa Hassan Kini Suami Qistina Lim, Netizen Ucap - “Tahniah Datuk Jalaluddin Hassan Dapat Kakak Ipar"
Tahniah Tan Sri Musa Hassan.

Hati-Hati Peraga Barang Kemas RM150,000, Puteri Sarah Pernah Menangis Gelang Lipan Sumayyah Hilang!
Puteri Sarah dan Sumayyah baru-baru ini menjadi muse jenama barang kemas Trishya & Co.

GV10: “Berdebar Juga Jantung Ni” - Sesi Soundcheck Buat Jaclyn Victor Nervous Jumpa Tok Ram!
Jac pun rasa nervous dengan Tok Ram tau.

"Wallahi, Saya Tak Tengok Content Sajat" - Atiq Azman Nafi Tiru Live Masak-Masak Sajat
Pelakon Atiq Azman menafikan dakwaan segelintir warganet bahawa dia meniru konten memasak live sepertimana usahawan viral Nur Sajat.

GV10: “Sedih Sebab Ayah Tak Dapat Tengok…” - Siti Nordiana Balik Sendayan, Mohon Restu Ibu
Nana cari kekuatan, mohon restu ibu.