Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
BERITA

Shawn Mendes Bakal Temui Peminat Di Malaysia!

Asraf Aided 23/04/2019 | 11:40 MYT
Penyanyi popular antarabangsa, Shawn Mendes bakal mengadakan konsert jelajah Shawn Mendes The Tour Asia dan akan menemui peminatnya di Malaysia pada Oktober ini.
Berita baik itu dikongsi Shawn menerusi sebuah entri di akaun Instagramnya buat tatapan umum.
Konsert jelajah ini akan diadakan di tujuh buah negara iaitu Thailand, Singapura, Malaysia, Indonesia, Filipina, China dan Jepun.
Untuk konsert di Kuala Lumpur, ia akan diadakan pada 5 Oktober bertempat di Axiata Arena, Bukit Jalil.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berasa teruja dan seakan tidak sabar menantikan konsert jelajah tersebut.
Pembelian tiket boleh dibuat bermula Khamis, 25 April ini jam 10 pagi untuk 'pre-sale', manakala penjualan secara terbuka akan bermula pada Isnin, 29 April jam 10 pagi menerusi www.prworldwidelive.com atau di www.myticket.asia.
#Shawn Mendes