Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

Shawn Mendes Muncul Dengan Buah Tangan Terbaru, If I Can't Have You

Kamaruddin Razal
05/05/2019 21:49 MYT
Shawn Mendes tampil dengan single terbaharunya berjudul If I Can't Have You berserta video
muzik lagu tersebut, lapor Astro Awani.

Ia ditulis Mendes bersama Scott Harris, Teddy Geiger dan Nate Mercreau.

Lagu berkenaan diperdengarkan secara langsung di rancangan bual bicara lewat malam Saturday
Night Live pada 4 Mei lalu.

Mendes dalam satu temubual memberitahu bahawa lagu tersebut adalah lagu pop dan sememangnya
dicipta khas untuknya.


Dalam tempoh enam bulan yang lalu, Mendes telah menulis kira-kira 45 lagu dan kesemuanya
mempunyai ciri emosi yang berbeza.

Baru-baru ini, Mendes tampil membuat persembahan di Anugerah Grammys 2019 Bersama Miley Cyrus sebagai tribute kepada Dolly Parton, yang mendapat anugerah penghargaan Person Of The Year.

Sumber: Astro Awani
#Shawn Mendes
;