"She Proves That Even The Sexiest Woman Can Change" - Kilafairy Padam Foto Tak Berhijab

Kamaruddin Razal
Jun 10, 2020 04:29 MYT
Pelakon Kilafairy mengambil keputusan untuk istiqamah mengenakan tudung semenjak 11 Syawal lalu.
Kata anak kepada penyanyi Rohana Jalil ini, keputusan untuk mengenakan hijab tidak dipengaruhi oleh sesiapa.
BACA: "Saya Buat Kerana Allah" - Mula Bertudung 11 Syawal, Kilafairy Mohon Doa Agar Istiqamah
Terkenal dengan imej seksi sebelum ini, keputusan Kilafairy mengundang pujian netizen.
Menerusi laman Twitter, ramai netizen memuji imej terbaru pelakon filem Karak itu.

Mizz Nina dah fully cover her aurat. Now Kilafairy plak dah bertudung. Sedangkan both adalah figure yg sngt seksi dulu. Betul lah hidayah itu milik Allah ?

— Shakyra Zain (@ZainShakyra) June 6, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Kilafairy proves that even the sexiest woman can change, just like Mizz Nina. So who are you to judge someone just because they’re bad now, doesn’t mean they won’t change.

— awan (@dnaalias) June 7, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Mizz Nina dah fully cover her aurat. Now Kilafairy plak dah bertudung. Sedangkan both adalah figure yg sngt seksi dulu. Betul lah hidayah itu milik Allah," tulis @ZainShakyra menerusi satu ciapan yang mendapat lebih 15,000 retweet.
"Kilafairy proves that even the sexiest woman can change, just like Mizz Nina. So who are you to judge someone just because they’re bad now, doesn’t mean they won’t change," tulis @dnaalias menerusi satu ciapan yang dimuat naik beberapa hari lalu dan mendapat lebih 7,000 ulang ciap.
Menerusi pemerhatian di laman Instagram pula, pelakon itu sudah pun memadamkan foto-foto lamanya yang tidak berhijab.
Terdahulu, pengacara popular Neelofa berkongsi sepotong video memaparkan imej baharu Kilafairy serta mengumumkan pelakon itu kini telah berhijab.
BACA: Auranya Lain Macam! Kilafairy Dah Berhijab, Neelofa Doa “Semoga Kau Sentiasa Istiqomah”
#Berhijab #Kilafairy