Pelakon Ezzaty Abdullah berkongsi kejadian apabila dompetnya tertinggal di sebuah kedai ditemui semula oleh seorang individu yang bernama Aleeya Qistinaa.

Ezzaty menerusi akaun Instagram (IG) peribadinya memuat naik satu 'screenshot' perbualannya dengan netizen tersebut.

Dalam entri tersebut, Ezzaty memuji kebaikan dan kejujuran yang telah dilakukan oleh individu itu.

Isteri kepada pelakon Azwan Kombos itu telah bertemu dengan Aleeya untuk mengambil semula dompet yang tertinggal itu.