"She Said Yes!" - Kekasih Terima Lamaran Baim Wong

Rozaimi Zubaidi
Julai 10, 2018 08:15 MYT
Pelakon Indonesia, Baim Wong, berkongsi rasa gembira apabila kekasihnya, Paula Verhoeven menerima lamaran yang dilakukan baru-baru ini.
Menerusi entri di Instagram (IG), Baim berkongsi gambar bersama kekasihnya dengan menunjukkan cincin lamaran yang diberikan.
"She said “Yes," tulisnya ringkas.
Baim melakukan kejutan itu semasa mereka bersama-sama mempunyai urusan kerja di Bali.
Rata-rata mengucapkan tahniah pada Baim dan mereka mengakui tidak sabar untuk menantikan majlis yang akan diadakan nanti.
Sementara itu, menerusi laporan Kapan Lagi, Baim akan membawa keluarganya untuk meminang kekasihnya secara rasmi pada 21 Julai nanti.
Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi
Foto: Instagram
#Pelakon Indonesia #Baim Wong